Anugerah Terindah: Ogos 2014

Halaman

25 Ogos 2014

Sarapan Pagi Tadi






Salam dan selamat tengahari untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan  hargai...sebenarnya entry ni pagi tadi tapi terlalu bnyk kerja yang nak di selesaikan....maklumlah hari isnin permulaan kerja kan lagipun seorang staff bercuti jadi kerja dia Diana yang ambil alih....










 Diana bawa roti yang kemarin adik beli kat bandar...sebagai sarapan pagi kat pejabat tadi sebagai alas perut....sekarang pula time untuk makan tengahari....selamat menjamu selera untuk semua sahabat blogger dan pembaca sekalian..








24 Ogos 2014

Permainan Tradisional Teng - Teng







Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...selamat berhujung minggu juga untuk semua...seharian bercuti di hujung minggu ni,ingatkan tak ada kerja nak juga rehat2 kan badan setelah seminggu berkerja kan...tengok2 petang hari baru dapat berehat....


Petang2 Diana berjalan2 dengan en. Huby di persekitaran perumah pekerja yang di sediakan oleh pihak majikan...walaupun rumah yang di sediakan oleh majikan taklah secantik mana....tapi cukuplah untuk para pekerja berteduh kan.....


Limpas satu kawasan perumahan Diana tertengok sekumpulan kanak-kanak sedang bermain satu permainan tradisional iaitu permainan teng-teng,kalau tempat Diana permainan ini di panggil permainan engke-engke.Permainan ini sangat terkenal juga...pada zaman kanak-kanak,Diana pun suka main permainan ini.....





Gambar dari En.Google




Best tengok kanak-kanak tu bermain,teringin rasanya Diana turut serta...tapi malu pulak,dah tua2 mcm ni nak main juga...hehe....






Hari Ahad Masa Yang Sibuk



Salam dan selamat berhujung minggu untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...pepagi ahad macam ni kena lagi time cuti,bnyak keja rumah yang harus di selesaikan seperti mencuci kain,mengemas rumah,mod lantai dan macam2 lagi lah....



Lepas selesai semua kerja rumah Diana buat...baru ada masa untuk bersarapan pagi...sarapan untuk pagi ahad ni adalah mee goreng simple,roti goreng dan kukus...roti goreng dan roti kukus tu Diana beli tau...jiran sebelah rumah yang jual.....hehe...




Lirik Lagu - Teman Bintang by Masya Ceria Popstar 2






Teman Bintang - by Masya Ceria Popstar 2



Tetap di langkah ini
Menemani hariku
Menjadi sebuah cerita
Yang tak akan ku lupa


Apa pun yang terjadi
Aku yakini nanti
Inginku wujudkan mimpi
Dan ingin aku raih


Sandarkan diri ini
Dalam tujuan hati
Mengiringi langkahku yang bererti


Biarkan bintang menjadi teman
Di dalam mimpiku berkhayal
Biarkan bintang menjadi teman
Jadikan malamku sempurna


sandarkan diri ini
Dalam tujuan hati
Mengiringi langkahku yang bererti


Biarkan bintang menjadi teman
Di dalam mimpiku berkhayal
Biarkan bintang menjadi teman
Jadikan malamku sempurna


Biarkan bintang ku berkhayal


Biarkan bintang menjadi teman
Jadikan makamku sempurna


Tetap dilangkah ini....









23 Ogos 2014

Lauk Pucuk Ubi Kayu Dan Ikan Bilis

Salam sabtu untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...rasa2 sahabat blogger dan pembaca yang berkunjung ker blog Diana ada tak yang sedang menjamu selera...taulah  time ni kan waktu2 makan malam....sama macam Diana jugak...Diana kalau boleh tak nak makan lepas jam8.00 malam...sebab takut gemuk,kata orang kalau tak nak gemuk jangan makan lepas waktu jam8.00 malam,makanlah sebelum jam8.00 malam...tak tau betul ker tak...Diana amalkan jer...mana tau betul...kan....hehe....
Allahamdulillah syukur dengan rezekimu Ya Allah...lauk untuk malam ni....sayur pucuk ubi kayu tumis berair dan ikan bilis goreng asam...sedap ni masakan kampung....

22 Ogos 2014

Hari Berkabung Malaysia






Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...Salam Jumaat penghulu segala hari,dan hari ini juga kita seluruh rakyat Malaysia Berkabung.Di pagi Jumaat ini rasa sayu dan pilu menyelubungi hati kita,apatah lagi keluarga mangsa MH17 yang menantikan jenazah ahli keluarga mereka yang terkorban...berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul....








Al-Fatihah kepada semua mangsa yang beragama islam dan takziah kepada semua mangsa yang bukan beragama islam...kepada semua keluarga mangsa MH17 tabahkan hati menerima dugaan ini...












21 Ogos 2014

Pink Lagi Nampaknya







Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai....




Sekaran dah bulan August....seminggu lebih lagi dah masuk bulan september,lepas tu bulan october pulak...Semua sudah maklum,hari raya Aidiladha atau hari raya korban jatuh pada bulan october kan...Mungkin ramai di kalangan blogger dan pembaca tiada yang menempah baju baru untuk hari raya Aidiladha....tapi Diana raya Aidiladha ni nak jgk menempah sepasang baju baru....hehe..







Kain Satin Untuk Skirt 2m x RM5.80 = RM11.60
Kain Chiffon Untuk Baju 2m x RM4.90 = RM9.80
Lace Untuk Tangan Jer 1m x RM10.00 = RM10.00
Jumlah Semua Kos Kain Dan Lace = RM31.40



Murah tak Diana beli kain ni....hehe....Untuk upah baju pulak,tempat Diana selalu tempah untuk menjahit baju,biasanya RM40.00 untuk kurung moden dan untuk peplum...Nak tahu fesyen baju apa Diana jahit nanti...tunggguuuu......






Warna Pink Pilihanku

Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi
Pink
Bekas air warna pink dan air pun warna pink...air bandung...



20 Ogos 2014

Wordless Wednesday #7


















Wordless Wednesday #6




Talam Dua Muka








19 Ogos 2014

Lauk Terung Goreng Berlada Hijau Dan Ayam Goreng





Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi...



Malam ni masak menu simple jer...menu yg main letak2 dah siap dan boleh makan...cukup ada lauk dan sayur peneman nasi putih...terima kasih Ya Allah dengan rezekimu untuk malam....




Sayur Terung Goreng Berlada Hijau Dan Ayam Goreng




P/S : Jemput makan semua sahabatku..






Stok Minuman Kat Pejabat







Salam dan selamat pagi buat semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...salam selasa semuanyer...


Seperti yang kita tahu,ramai di antara kita yang berkerja dan kadang tak sempat pun nak bersarapan atau minum pagi untuk alas perut kan...jadi tentu ramai yang menyimpan stok minuman atau makanan kat pejabat...Macam Diana jugak..nak di katakan hari2 pun tak sempat nak bersarapan ataupun minum pagi untuk alas perut...maklumlah kat tempat Diana berkerja ni,waktu pejabat bermula jam 6.30am....awal kn...kadang tu embun pagi pun masih ada,Diana dah duduk kat pejabat...hehe...











Ini stok minuman pagi Diana...minuman Super  Coffee 3 dalam 1,Diana suka minuman ni sebab dia ada rasa hazelnut gitu....sedap dan berkrim...minum ni sambil makan sarapan yang di bawa dari rumah memang sedap sangat....








18 Ogos 2014

Anak Buahku Dengan Baju Barunya

Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...petang tadi anak buah dari sebelah suami datang kat rumah...dengan muka macam gembira dan selamba jer...tanya punya tanya...rupanya nak tunjukkan baju baru dia kat pakcik dan makcik dia....tengok tu lambang pun masih ada lagi..terus jer nak pakai...tak sabar...
Peminat Ney Mar JR..


Comel tak...



Tengok tu...peminat Ney Mar JR rupanyer dia...hehe...





17 Ogos 2014

Demi Masa

Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...






"Demi masa..Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian..
Kecuali orang-orang yang Beriman dan Beramal Soleh...
Dan mereka pula berpesan-pesan dengan Kebenaran...
Serta berpesan-pesan dengan Sabar..."






16 Ogos 2014

Ayam Goreng Untuk Makan Malam






Salam dan selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...Sebenarnyer hari ni ada jemputan rumah terbuka dari keluarga Diana,tapi memandangkan Diana sakit gigi,terpaksalah Diana tak pergi ke rumah terbuka keluarga Diana...



Mungkin sekarang ni,dorang dah makan2 kat rumah terbuka tu kan....Diana kat rumah gorenglah ayam untuk En.Hubby makan malam ni...






Menu Malam Ni - Ayam Goreng






15 Ogos 2014

Mendung Di Petang Hari Jumaat



Depan Rumah Dengan Pokok Kelapa Sawit

Salam dan selamat petang Jumaat untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...dengan keadaan mendung seperti hujan nak turun membuatkan rasa malas yang teramat sangat..nak ke dapur pun rasa malas...macam nak tidur jer dengan berbungkuskan selimut masa ni.....hehe...
Apa kan daya,sebagai seorang isteri perkataan dan perbuatan malas wajib di hindari dan di buang jauh2 dari tertanam dalam2 dalam diri ini...betul tak...hehe...terus bangun dan memulakan langkah pertama iaitu aktiviti yang wajib di lakukan kat dapur...tentulah bab2 mengemas,memasak dan macam2 lagilah yang patut...
Dah siap semua aktiviti kat dapur...terus ke beranda rumah...duduk2 tengok kereta...wahh...bukan  main kotor...terfikir2 nak Diana nencucinyer...tapi nak tunggu En. Hubby pulang dari kerja....sabar yer wahai kereta kejap lagi kita nak kasih mandi bersih2 kat awak..hehe...
P/S:tak tau nak tulis 




Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign