Anugerah Terindah: 2017

Halaman

8 Jun 2017

Persiapan Menjelang Raya Dah Bermula




Salam dan Salam Ramadhan untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang setia mengunjungi blog Anugerah Terindah ini...Terima kasih MD ucapkan kepada semua kerana   setia menunggu kehadiran entri MD...(ada tak yang setia ni....hihi...)


Tak kita sedari bulan Ramadhan dah masuk puasa ke-13 kan...harap semua persiapan untuk menyambut hari lebaran telah di persiapkan tau pun masih ada lagi yang belum buat apa-apa persiapan...Bagi MD dan en.hubby separuh persiapan telah di siapkan lebih awal macam baju raya awal lah dah siap jahit...maklum lah MD tempah jahit dengan blogger Asha Lya dan baju MD dan en.hubby dah siap sepenuhnya...terima kasih dik..


Untuk biskut raya pulak MD dah siapkan 4jenis biskut raya tinggal 2 or 3 jenis lagi nak buat...alah...buat biskut yang senang nak buat jak ni seperti biskut tart nenas,biskut ulat bulu,biskut holicks dan biskut oat bersalut susu..

28 April 2017

Mee Ramen Korea Ternyata Pedas Lah




Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger yang MD sayangi dan hargai...terima kasih kerana sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog Anugerah Terindah ini....Cuti yang lalu 24hb April,MD dan en.hubby ke pusat bandar sandakan sebab 25hb nya tu kitorang  cuti  sebab ada  urusan..tapi nak jalan-jalan petang kat pusat bandar sandakan jadi kitorang turun petang 24hb tu....sambil jalan-jalan sambil makan-makan sekali lah...




Pergi minum-minum kat lanun cafe yang MD kongsi kat entri Di Sini...Lepas minum MD dan en.hubby ke kaunter bayar dan sampai kat kaunter tu MD nampak lah Mee Ramen ada kat situ.MD bertanya lah kat pekerja yang jaga kaunter bayaran tu..Ada juga Mee Ramen jual kat sini ingat minuman jer...pekerja tu jawab ya...MD tnya lah macam mana jual dan berapa harga dia...pekerja kaunter tu jawab kalau makan kat sini Rm12.00 dan kalau tak Rm10.00. Terkejut juga MD dengar harga Mee Ramen ni sampai macam tu sekali harga dia...kerana teringin sangat MD nak merasa tahap kepedasaan dan keistimewaan Mee Ramen ni MD beli lah sebungkus.....hihi...




Dan malam ni MD masak lah Mee Ramen ni untuk merasa tahap kepedasan dia dalam dia ada 2 perencah ...MD masak macam MD masak mee sedap goreng tu cuma MD tak bagi kering sangat ...




Lihat lah setelah MD gaul 2 perencah tadi...warna pun dah bertukar kan dan bau dia menusuk-nusuk hidung MD tak sabar rasanya nak makan Mee Ramen ni.....




Alhamdulillah....akhirnya Mee Ramen dapat MD tawan walaupun kepedasannya boleh bibir jadi kembang tapi MD berpuas hati lah dengan rasa dia ni....Tengok jak lah mangkuk tu mee dia licin kan yang tertinggal kuah dia yang sikit jak tu....










24 April 2017

Pasar Malam Sandakan




Sebelum tutup entri untuk hari ni...MD kongsi jalan-jalan sandakan kat pasar malam dia...Kat pasar malam sandakan ni memang terkenal dengan ikan bakar dan sayap bakar  madu dia yang sedap dan murah...



Selain sayap ayam bakar madu,buntut@tongkeng ayam bakar,hati ayam bakar dan bedal ayam bakar pun ada di jual kat pasar malam sandakan ni







Selain order sayap ayam bakar madu MD dan en.Hubby order kuey teow kung fu...pulang ke hotel dengan rasa kenyang...Alhamdulillah....


P/S: wifi kat hotel MD dan en.Hubby menginap ni kuat buat MD tak sedar buat entri sampai 3 entri.....hihi







Lanun Cafe Sandakan





Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog Anugerah Terindah....Hari ni MD dan en.hubby jalan-jalan kat bandar sandakan...petang tadi ke habour mall dan ambil gambar  I Love Sandakan dan lepas magrib tadi MD dan en.hubby ke batu6 sandakan sebab kita nak ke Lanun Cafe.



Dekorasi kat dalam Lanun Cafe Sandakan....





Green Tea Hulk Ais Blend




Ni gambar kat lanun cafe sandakan....Lepas ni MD dan en.Hubby nak ke pasar malam sandakan...Kat pasar malam sandakan terkenal dengan ikan bakar dan sayap ayam. Ramai yang kata sayap ayam bakar kat pasar malam tu sedap....












Jalan-Jalan Sandakan




Salam dan selamat bercuti untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai....Cuti-cuti ni ramai di kalangan sahabat blogger ambil kesempatan cuti balik kampung kan...MD dan en.hubby ke pusat bandar samdakan sebab dah lama tak jalan-jalan di waktu petang kat  pusat bandar Sandakan ni lagipun esok MD dan en.hubby ambil cuti tahunan atas urusan...





Tugu I Love Sandakan yang baru juga di bina kat sini...MD pun baru dapat snap tugu ni..di bina berdekatan dengan bangunan Harbour Mall.








Hari ini MD dan en.Hubby ronda-ronda bandar Sandakan....Kejap lagi nak pergi ke batu6 sandakan Lanun Cafe.... Tengok apa yang ada kat situ....










22 April 2017

Kain Untuk Raya Dah Sampai



Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai...Berapa hari tab kesayangan MD tiba-tiba tak dapat nak on tak tau apa penyebabnya jadi MD biar saja terampai di atas meja...tapi tangan ni gatal nak picit-picit dan tiba-tiba dapat pulak dia ter on....gembiranya hati ini terus lah MD snap gambar....hihi..





Ini gambar kemarin MD snap....kain yang MD order untuk di pakai di hari raya dah sampai tinggal nak hantar ke rumah blogger Asha Lya....hihi....Kalau korang yang belum ada kain baju untuk raya ni jangan lupa terjah Fb Zamroh Daud...kat situ banyak kain yang cantik-cantik untuk korang pilih...Sebenarnya untuk emerald green ni MD nak pakai di raya ke-2 nanti sebab raya pertama MD dan en.hubby nak warna yang lembut jadi kami pilih warna biru lembut...



Kain ni MD nak buat dress sebab corak bunga-bunga dia leh letak kat bahagia bawah baju dan kalau dapat nak juga letak corak bunga-bunga kat hujung tangan baju mesti lawa kan.. Tak sabar rasanya nak hantar kain kita ni dekat blogger Asha Lya....hihi











19 April 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my



Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.

Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.




Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.




Wordless Wednesday#38 - Casing Hello Kitty




Salam dan hai sahabat blogger dan pembaca yang MD sayangi dan hargai....selamat pagi untuk semua....




Casing hp untuk adik....




15 April 2017

Cerita Kemarin Fotoshoot Lah...




Salam semua sahabat blogger dan pengunjung yang sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog Anugerah Terindah ni....14hb iaitu kemarin tempat MD berkerja cuti umum MD dan adik ambil kesempatan pergi ke pekan sdco Bukit Garam Kinabatangan pergi bukan untuk beli barang pun saja-saja jalan untuk pergi berfotoshoot....hihi











Lokasi : Taman Bukit Garam Kinabatangan






14 April 2017

Lirik Lagu Menahan Rindu – Wany Hasrita









Lirik Lagu Menahan Rindu – Wany Hasrita


Sejenak Ku termenung
Awan Pun mulai murung
Tiada Siulan siulan burung burung

Menemani Hari ku
Menemani Sepi ku
Tersiksa Angkara menanggung rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu

Oh Angin
Kau Kirimkan kalimah kasihku
Agar Dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun Sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

Oh Hati
Kau Sedarilah kenyataan ini
Agar Dapat ku gagahi dan terus berdiri

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu
Menahan Rindu



Sumber : SINI






13 April 2017

Biskut Tart Cheese Ball





Salam dan selamat malam untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang MD sayangi dan hargai...terima kasih sebab korang sentiasa sudi singgah dan komen dekat blog Anugerah Terindah yang tak seberapa ini....InsyAllah ada masa terluang dan line tak buat hal pasti MD akan berkunjung ke blog korang juga....


Petang tadi MD dan adik keluar ke pekan bukit garam untuk belanja sikit maklum lah tadi terima gaji jadi mestilah nak di belanja sikit apa barang yang di perlukan...Singgah kat stesen minyak ada tengok biskut raya ada di jual...Ada lagi biskut raya kegemaran MD iaitu tart nenas...Walaupun setiap tahun biskut tart nenas ni MD ada buat tapi nak juga merasa yang di beli kan...hihi..



Tart Nenas Cheese Ball

Jenis biskut raya yang ada di jual



MD selalu buat tart nenas gulung,tart nenas cheese ball ni tak pernah lagi MD buat...InsyAllah ada masa dan kerajinan datang nak juga cuba buat tart nenas cheese ball ni...Kalau korang nak temaph biskut tart nenas cheese ball dan berjenis-jenis biskut boleh lah ke FB Fyra Maisarah(Fyra Licious CK Kinabatangan)








Pilihan Warna Baju Tema Raya Untuk Tahun 2017





Salam dan selamat pagi buat semua sahabat blogger dan pembaca yang MD sayangi dan hargai...Harap semua nya sihat-sihat saja...Hari ni MD baru nak cari kain dan warna tema apa untuk raya tahun ni....bulan Ramadhan pun dah nak menghampiri kita....Lambatnya MD buat persiapan kan...kalau sahabat blogger dan pembaca tentu kain dan warna tema untuk tahun ni dah di siapkan awal-awal lagi kan dan ada dia antara dah siap jahit pun baju tu kan....MD bernasib baik sebab dah pun booking awal-awal dekat blogger Asha Lya untuk jahit baju MD....



Untuk tahun ni MD dan en.hubby bercadang nak pilih 2 warna....first time ni MD dan en.hubby nak ada 2 warna...tahun-tahun sebelumnya MD dan en.hubby cuma pilih 1 warna jak pakai masa raya pertama jer,raya kedua dan seterusnya kita orang pakai baju yang ada dalam stok almari....hihi



Pilihan warna raya pertama ialah  Island Paradise


Pilihan warna untuk raya ke-2


Untuk raya pertama MD nak buat fesyen peplum dan untuk raya kedua pulak nak buat dress .....Sahabat blogger dan pembaca semua,untuk raya tahun ni warna apa tema dan nak buat fesyen baju apa yer....Kalau ada di antara blogger dan pembaca masih tercari-cari warna tema apa untuk tahun ni korang Klik Sini..





12 April 2017

Wordless Wednesday #37




Terharunya....blogger terkenal Cik EPAL singgah komen dekat blog MD.....







Terima kasih Cik Epal






11 April 2017

Menu Untuk Makan Malam Tapi ....




Salam dan selamat petang untuk semuanya....hari ini terasa nak karang entri kedua pula...rasa rindu kat blog hingga nak mengarang lagi....hihi....Hari ni pekerja kat tempat MD ada jual sayap dan buntut@tongkeng  ayam bakar...MD belilah buat menu makan malam nanti tetapi dek lapar akibat tak makan masa tengahari tadi,MD dan en.hubby buat menu makan petang lah nampaknya....hihi












Makan sambil cecah dengan sambal lada dan kuah kacang memang tambah sedap..ada tak antara sahabat blogger yang biasa makan buntut@tongkeng ayam ni....Kalau kat tempqt MD ni dalam sebulan ada 2 kali pekerja jual sayap dan buntut@tongkeng ayam bakar ni...Tapi MD dan en.hubby tadi juga selalu beli kalau teringin jak nak makan baru kitaorang beli....









Terjebak Juga Ni




Salam dan selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang MD sayangi dan rindui....Lama nya baru dapat update blog Anugerah Terindah ni...dan singgah dan komen dekat blog sahabat pun tak sempat dah...blog pun dah berhabuk sbb jarang masuk ....hihi....Selalu noline kt FB jak itu pun cuma tekan LIKE dan kalau sempat terus komen sekali..



Tapi berapa hari buka FB ramai pulak sahabat FB kongsi tentang app yang tengah memular di FB...rata-rata kongsi hasil seni mereka...Gabungkan app PicsArt dan FocusNFilters untuk menghasilkan lukisan dan tulisan....MD pun terjebak juga dengan benda ni...ternampak tutorial yang di kongsikan blogger Izzati Suhaide kat FB teruslah MD melukis dan hasilnya seperti kat bawa ni....Terima kasih kat blogger Izzati Suhaide atas perkongsian ini..



Anugerah Terindah
Tuan Blog..Hihi

Adik Perempuan & Suami

Adik Lelaki & Ister
Anak Buah

Adik Bongsu



Dah nak penuh memori fon gara2 conteng-conteng ni...hihi...kalau nak tau macam mana nak edit gambar-gambar ni terjah jak blog Izzati Suhaide sebab dia ada tutorial edit mengedit gambar bertemakan pelangi ini...





Anugerah Terindah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign